top of page

Baba Ismail Sepanjang Al- Fathoni

Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang atau Haji Ismail bin Umar ialah seorang ulama Islam yang berasal dari Pattani, Thailand. Beliau ialah tuan guru pondok di Maahad Darul Muhajirin Narathiwat dan merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Pattani. Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, Ismail membuka pondok di Kampung Kubang Ikan, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung sendiri di Kampung Dusun Sepanjang hinggalah ke hari ini.

 

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan.

bottom of page